PENGENALAN
Kursus STAG2243 ini mempunyai tiga bahagian, iaitu pemetaan batuan sedimen, batuan metamorf dan batuan igneus. Pemetaan batuan sedimen akan dilakukan di Bukit Keluang, manakala pemetaan untuk batuan metamorf dan igneus akan dilakukan di Kuala Krai yang akan oleh penyelaras lain. Latihan pemetaan batuan sedimen ini melitupi satu formasi batuan iaitu Formasi Bukit Keluang. Formasi ini tersingkap di tiga buah bukit, iaitu Bukit Keluang, Bukit Bubus dan Bukit Dendong, serta di Pulau Rhu.
MATLAMAT & OBJEKTIF
Matlamat latihan lapangan ini ialah untuk mendedahkan kepada pelajar konsep-konsep geologi, iaitu litostratigrafi, sedimentologi, paleontologi, struktur tektonik dan geomorfologi. Setiap pelajar dimestikan membuat nota lapangan dalam buku lapangan dan juga helaian log sedimen, dan menghantar satu laporan lengkap sebelum balik ke UKM.
Objektif utama yang ingin dicapai ialah ;
1. Pendedahan kepada teknik-teknik pemetaan umum yang lazim digunakan oleh ahli geologi.
2. Mamahirkan diri pelajar dengan teknik-teknik pemetaan dalam batuan sedimen, terutama membuat log untuk jujukan sedimen klastik.
3. Mendedahkan kepada pelajar bagaimana mengambil data arus kuno di lapangan dan memproses serta menganalisis data arus kuno ini untuk tafsiran sekitaran endapan dan paleogeografi.
4. Memahami perkaitan dan kepentingan di antara litostratigrafi dan struktur tektonik dalam menyelesaikan masalah geologi.
5. Mendedahkan kepada pelajar bagaimana data lapangan dianalisis untuk mentafsir sekitaran sedimen sesuatu unit batuan.
6. Pendedahan kepada persekitaran perkhemahan dan aktiviti pemetaan sebenar di lapangan.